Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda
percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak
anda berfikir dengan mendalam.”
Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan
dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk
mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir
yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi
Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan
kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan
amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri
Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun
melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh
itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada
itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang
boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka
tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan
sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan
mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya
mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih
ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,
kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102
Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda
semua kaitkan? Buka mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat
mengungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan
berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam
sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah
sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.
Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara
kecil.”
(Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.)
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat
lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu
berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih
lambang itu?
Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut
untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat
Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam
yang suci ini?
Ohhh, semestinya tidak!
Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang
ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera
negara dan negeri.
Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke
dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul
(Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah
lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di
bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih
dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja
Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum
empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi.
Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan
kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian
Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar
kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine.
Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam
bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah
tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon
purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari
Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi
empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan
Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan
Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak
pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan
hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang
sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau
hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara
Islam sekarang.
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!
Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang
Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu
Jacques DeMolay.
Di lukisan purba Freemason!
Di Lodge Freemason!
Jata Kerabat Diraja Poland
Jata negara Croatia
Kurang Jelas Lambang tersebut? Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di sebelah kiri dan Bulan Sabit di sebelah kanan.
Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU”
bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam
berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!
Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia
adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang
dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang
melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus
berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini
lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA,
SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), &
TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku
sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis
maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan
mereka semuanya.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Al-Hijr 39-40
Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan
bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan
lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai
lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam
usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah
yang satu.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak
beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan
yang lain.
Yusuf 106
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang
yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan:
Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah
aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Yusuf 108
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya
petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi
sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),
maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat
mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Al-Baqarah 120
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya
mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu
beriman.
Al-Imran 100
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah
kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu
beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah
nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109
0 Komentar
Berkomentarlah dengan sopan dan santun