Fakta menarik tentang kematian ALBERT EINSTEIN



Sebut sahaja nama Einstein, pasti semua orang kenal siapa dia kan? Begitu juga dengan teori kerelatifannya. Albert Einstein adalah Seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20


Gambar diatas adalah foto terakhir dari Albert Einstein yang diambil pada bulan Mac tahun 1955. Gambar ini mungkin diambil di rumahnya di Princeton. Sebulan kemudian pada 17 April 1955,  Einstein mengalami pendarahan dalaman yang disebabkan oleh pecahnya vena aorta pada tiroid. Beberapa hari kemudian, Einstein meninggal dunia pada usia 76 tahun.



Pada Tanggal 18 April 1955, majlis pengebumian Einstein dilakukan secara tertutup namun Seorang jurugambar yang bernama Ralph Morse (seorang wartawan foto dari Majalah LIFE) berjaya menangkap gambar majlis pengebumian tersebut. Walaupun begitu, cerita ini tidak diterbitkan kerana anak Einstein telah memohon agar mereka menghormati majlis pengebumian Einstein dan dia juga menyatakan bahawa privasi keluarga harus dihormati. Maka LIFE memutuskan untuk tidak menjalankan cerita lengkap.




Gambar diatas adalah gambar dimana tempat Albert Einstein bekerja



Dalam foto: dari kiri wanita tak dikenali ; anak Einstein, Hans Albert (sut cerah) ; wanita tak dikenali ; setiausaha lama Einstein, Helen Dukas (kot cerah) dan teman Dr Gustav Bucky tiba di Krematorium Ewing, Trenton pada petang 18 April 1955


Akhirnya setelah petang menjelang, majlis pengebumian pun selesai. Semua ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya kembali ke rumah Einstein di 112 Mercer Street di Princeton di mana beliau tinggal selama 20 tahun.


Inilah gambar jurugambar majalah LIFE yang berjaya mengambil gambar majlis pengebumian Albert Einstein, Ralph Morse.


Ini adalah salinan dari sebuah artikel yang ditulis oleh RW Apple Jr pada hari Jumaat, 18 April 1955 iaitu di hari kematian Albert Einstein. The Daily Princetonian yang terdengar khabar berita ini menerbitkan edisi khas tentang kematian Albert Einstein hanya selepas beberapa jam kematiannya.

Artikel itu bertulis:

Dr Albert Einstein meninggal pagi ini di Hospital Princeton. 76 bulan yang lalu, ahli fizik yang mati akibat penyakit jantung pada pukul 1:15 hari ini, di bawa ke hospital Jumaat lalu setelah sakit selama 2 hari. Menurut Dr. Guy K. Dean, doktor peribadinya. Beliau kelihatan telah pulih dari kebocoran di aorta dan komplikasi kandung hempedu. Dr. Thomas S. Harvey, ahli patologi hospital yang melakukan autopsi ke atasa mayat Einstein bersetuju dengan diagnosis Dr. Dean. "Sebuah kebocoran kecil dari kantung aneurismal ke dalam jaringan di belakang aorta membawa kematian," kata Dr. Dean. Dr. Harvey menjelaskan bahawa aortanya (pembuluh darah utama di tubuh) membengkak dan akhirnya putus. Tambahnya lagi, penyakit ini mirip dengan arteriosclerosis atau pengerasan pembuluh darah.

6 Doktor yang terlibat: Dr. Dean, Dr. Ralph J. Belford dan Dr. Willard G. Rainey dari Hospital Princeton
                                   Dr. Rudolf Ehrmann dan Dr. Gustav Bucky iaitu teman lama dari Jerman
                                   Dr. Frank Glenn iaitu SEOrang ahli bedah jantung dan aorta dari New York City

Albert Einstein meninggalkan 2 putra dan 1 putri: Dr. Hans Albert Einstein (Professor Teknik di Universiti California), Dr. Edward Einstein (tinggal di Swiss) dan Miss Margot Einstein. Beliau juga mempunyai 2 orang cucu.



 Sebab-sebab kematian Einstein dan informasi penyakit:

  - Aneurisma Aorta Abdominal (AAA) adalah pembengkakkan dari Aorta
  - 10 penyebab utama kematian di antara lelaki
  - 50,000 pesakit setiap tahun
  - 15,000 orang mati setiap tahun
  - Jika AAA pecah, maka akan ada peluang 85% untuk pesakit mati akibat kehilangan darah
  - Albert Einstein meninggal akibat AAA pecah.


Punca-punca penyakit:

  - Tekanan darah tinggi
  - Merokok 
  - Genetik
  - Astherosclerosis (pengerasan dan penyempitan pembuluh darah)


Tahukah anda Albert Einstein tidak dikuburkan bersama otaknya?

Prof. Marian Diamond iaitu orang yang membedah otak Einstein menjumpai bahawa otak Einstein sama dengan otak orang kebanyakan. Cuma otak Einstein lebih terlatih pada sedikit bahagian-bahagian tertentu sahaja. Prof. Marian Diamond adalah ahli anatomi otak dari Universiti California di  Berkeley, telah menghabiskan masa selama 6 bulan hanya untuk meneliti otal Einstein. Didapati bahawa otak Einstein mempunyai lebih banyak sel glial untuk setiap neuron berbanding otak biasa.

Keadaan ini mungkin menjadi sebab kenapa Einstein begitu cedas, sekalipun Prof Diamind tidak begitu pasti. Sebagai gambaran, terdapat 2 jenis sel di dalam otak manusia. Sel neuron, yang melakukan tugas berfikir dan mengatur kerja saraf, manakala sel glial atau neuroglia berfungsi menyediakan "makanan" dan melakukan tugas yang menunjang kerja sel neuron. Prof Diamond memperolehi gagasan untuk melaksanakan penelitian itu setelah melihat gambar otak Einstein yang telah diawetkan, yang dimuatkan di dalam sebuah majalah ilmu pengetahuan. Otak yang diawetkan ini dimiliki oleh SEOrang ahli patologi dari Missouri, Amerika Syarikat

Thomas Hervey, ahli patologi ini adalah salah SEOrang dari doktor-doktor yang melaksanakan autopsi ke atas Einstein. Ternyata bukan mudah untuk merawat awetan otak ini. Ahli patologi tidak bermaksud pun untuk menjualnya. Untuk memujuk ahli patologi ini, Prof Diamond memakan masa selama 3 tahun. Itupun tidak sepenuhnya. Prof. Diamond hanya berjaya mendapatkan 4 hirisan kecil dari otak tersebut. Bagaimanapun, otak Einstein yang ditemukan kembali pada tahun 1978 ini mendapat perhatian yang luas. Otak ini berada di dalam sebuah botol yang berisi cairan jus epal (cider) selama lebih 20 tahun.


Posting Komentar

0 Komentar